Wednesday, January 11, 2012

Semangat Merentas Desa

Nescaya, hari ini ada atlet rumah sukan akan menjalani latihan merentas desa. Malah, pasukan Rumah Perdana telah mendahului semua rumah sukan dengan menjalankan latihannya pada petang kelmarin. Apa-apapun diharap semua yang terlibat menjaga keselamatan diri mereka. Berjuanglah demi pasukan rumah sukan masing-masing... "Majulah Sukan Untuk Negara"

Tuesday, January 10, 2012

Perjumpaan Rumah Sukan

Tadi, baharu sahaja selasai perjumpaan kali pertama Rumah Sukan. Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk memilih wakil bagi setiap rumah sukan untuk merentas desa. Acara merentas desa akan berlangsung pada Sabtu akan datang, 14.01.2012 iaitu bersamaan dengan Sabtu Ganti sekolah. Semoga segalanya nanti berjalan dengan lancar.


















































Gambar-gambar di atas merupakan sebilangan aksi guru & pelajar semasa perjumpaan rumah sukan diadakan.


Monday, January 9, 2012

Wajah-wajah semasa aktiviti "Penghayatan" Pelajar Tingkatan 4







Gambar : Aktiviti penghayatan yang dijalankan oleh Cikgu Ratman nampaknya berhasil di mana ramai pelajar mengeluarkan airmata tanda keinsafan...
Gambar : Barisan guru kaunseling sekolah ( Cikgu Roni, Cikgu Roslina, Cikgu Peter Elang & Cikgu Wan )

Aksi-aksi pelajar Tingkatan 1









Hari Bina Insan Pelajar Tingkatan 4

Semua pelajar Tingkatan 4 akan menjalani program Bina Insan selama 2 hari iaitu bermula pada hari ini (09.01.2012) dan tamat pada hari esok. Pelbagai aktiviti pengisian bagi program tersebut. Terima kasih di atas sumbangan tenaga para guru kaunseling serta semua pengawas yang terlibat. Semoga program ini akan membuahkan hasil dalam membentuk sahsiah pelajar yang baik.

Gambar: Kelihatan pelajar sedang asyik menari "Poco-poco"...

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Datang ke SMK Meradong

Selamat datang kepada guru-guru baru yang bertugas di SMK Meradong. Biarpun suasana tempat kerja yang baru, namun diharapkan semuanya akan memberikan khidmat yang terbaik demi sekolah yang kita semua sanjungi.

Hari Pertama Persekolahan

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Pelbagai gelagat murid dapat disaksikan terutamanya murid Tingkatan 1. Hari ini juga mereka menjalani orientasi. Semoga tahun ini tahun yang lebih baik berbanding yang lepas.